Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Antara pukul 7 hingga 8 pagi tadi di Tehran, pengganas melancarkan operasi membunuh dua pensyarah unversiti yang juga bertugas untuk program nuklear keamaan Iran. Salah seorang daripadanya terbunuh dan seorang lagi cedera dan sedang dirawat di sebuah Hospital.
Letupan pertama
Letupan pertama berlaku kira-kira pukul 7:10 pagi di Bolvar Artesh. Dr Majid Shahriari terbunuh dan isterinya yang memandu mendapat kecederaan yang sangat parah.
Letupan kedua
Letupan kali ini menyusul kira-kira 20 minit kemudian iaitu pada pukul 7:30 pagi tadi di Medan Daneshju (Valenjak). Kereta Dr Faridun Abbasi, pensyarah Universiti Syahid Beheshti meletup di medan kenderaan. Namun beliau dan isterinya terselamat dan hanya beroleh kecereraan. Kedua mereka dibawa ke hospital.
Taktik pengganas
Pengganas melancarkan operasi mereka dengan menunggang motorsikal dan mendekati kenderaan yang membawa pensyarah tersebut. Setelah melekatkan bom di bahagian pemandu mereka meledakkannya dari jarak jauh.

Kabar angin letupan ke-tiga
Beberapa laman web menyiarkan letupan ketiga berlaku pagi tadi di mana sebuah kereta Peugeot 206 di pekan Syahid Mehlati Tehran (bertentangan dengan farmasi Lasykarak). Dua orang dilaporkan terbunuh namun pihak polis menafikan kejadian ini.
Siapakah as-Syahid Shahriari?
Biodata as-Syahid Dr Majid Shahriari:- Pakar nuklear Iran berkelulusan Universiti Amirkabir;- Berusaha menjayakan program nuklear aman untuk kegunaan industri dan perkilangan;- Anggota Syura Melli Sezami (Pusat Radiasi Synchrotron untuk penyelidikan dan aplikasi di Timur Tengah)- Salah seorang konsultan Iran dalam projek tersebut (Turut dibunuh ialah Dr Ali Muhammadi, Professor fizik universiti Tehran dalam serangan bom pengganas tahun lalu)